Selasa, 16 Jun 2009

KARNIVAL PEMBESTARIAN SEKOLAH TAHUN 2009


Tempat : SJKT Ladang Sg Sebaling

Tarikh : 04hb April 2009(Sabtu)

Masa : 8.00pg hingga 2.00 petang


SJKT Ladang Sg Sebaling dengan Kerjasama PKG Bahau telah mengadakan 'Karnival Pembestarian Sekolah tahun 2009'.Perasmian oleh Guru Besar SJKT Ldg Sg Sebaling,En Kannan.Karnival ini telah dijayakan oleh pelajar2 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Daerah Jempol Jelebu. Aktiviti untuk pelajar adalah cara membuat email dam cara membina laman web sendiri.Manakala guru-guru diberi Kursus Adope Photoshop.Sambutan amat memberansangkan..

MAJLIS PENYERAHAN BUKU BACAAN TAMBAHAN UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH LUAR BANDAR

Majlis penyerahan buku bacaan tambahan telah di adakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan Darul Khusus. Sebanyak 368 buah sekolah di Negeri Sembilan Darul Khusus telah menerima buku bacaan tambahan untuk sekolah-sekolah luar bandar termasuk sekolah menengah dan rendah.
Setiap sekolah telah menerima bahan bacaan tambahan di dalam kotak bersaiz 27sm x 46sm x 29 sm. Penyerahan buku bacaan tersebut disempurnakan oleh YB Tuan Shamsulkahar bin Mohd Deli selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan Darul Khusus. Ketua Penolong Pengarah En. Mohd Noh bin Abadan dan warga BTPN Negeri Sembilan Darul Khusus merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Tuan Shamsulkahar bin Mohd. Deli, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Pegawai Pendidikan Daerah NSDK dan semua sekolah yang terlibat menjayakan majlis tersebut.

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI PKG BAHAU (BANGUNAN BARU)




BENGKEL MEMBINA BLOG


Bengkel Membina Blog PSS bagi kawasan PKG Bahau telah diadakan pada 16 - 17 Jun 2009 bertempat di Makmal Komputer SMK Bandar Baru Serting.Seramai 15 orang Guru Perpustakaan Media telah mengikuti bengkel ini. Encik Suhaimi ,PTP PKG Bahau telah menjadi pemudahcara bagi bengkel ini.Semua guru yang hadir telah berjaya menghasilkan blog PSS masing-masing.Diharapkan selepas bengkel ini,semua guru akan sentiasa mengemaskini blog PSS ini.

KURSUS EDUWEBTV

Kursus Eduwebtv ini telah dijalankan oleh JPNNS untuk GPM pada 04 dan 05 Mac 2009 bertempat di Makmal Bestari, SMK Bandar Baru Serting. Seramai 25 orang peserta telah menghadiri kursus ini.Pelaksanaan kursus ini adalah untuk melatih GPM menggunakan Eduwebtv dalam Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah menggantikan TV Pendidikan yang sudah tidak disiarkan lagi di TV9.